Kelas Microsoft Office Power Point
8 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu, 7 Julai 2018, telah diadakan satu Kelas Microsoft Office Power Point yang telah di adakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Tujuan Kelas Microsoft Office Power Point ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan pendedahan berkaitan dengan cara menggunakan Microsoft Office Power Point dengan betul dan bagi meningkatkan kemahiran menaip bagi setiap ahli Pusat Ekonomi Digital yang terlibat. Mereka telah diterangkan dengan fungsi-fungsi yang terdapat didalam Microsoft Office Power Point dan cara untuk membuat silde dengan betul. Mereka juga diberikan penerangan berkaitan dengan cara untuk memasukan gambar dan teks ke dalam setiap slide.
Setelah selesai penerangan berkaitan dengan Microsoft Office Power Point, mereka dikehendaki untuk membuat slide bertemakan sains. Kelas ini telah berlangsung selama 2-jam bermula pada jam 2.00 petang dan telah berakhir pada jam 4.00 petang. Kelas ini telah dihadiri oleh beberapa orang ahli Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Di akhir kelas ini, setiap ahli Pusat Ekonomi Digital yang terlibat dapat memahami tentang fungsi-fungsi dan cara untuk membuat silde dengan betul dengan menggunakan Microsoft Office Power Point.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: